Mungkin ada yang pernah ngerasain bagaimana rasanya mencintai seseorang didalam diam.
sama seperti apa yang pernah saya rasain. bahkan sampai sekarang...
Rasanya itu tersiksa banget, pengen bilang tapi ada aja faktor lain yang enggak memungkinkan untuk kita dapat jujur sama si doi.
Apalagi kalo misalnya kita adalah cewek... waduhhh gk mungkin banget loh bakal bisa ngomongin masalah perasaan guys ...
maka bagaimana jadinya kalo kita udah berani jujur, namun orang yang dimaksud enggak memiliki perasaan yang sama.
cara terakhir ya, mau gak mau harus melupakan...
maka dari itu ini aku kasih tips melupakan seseorang yang kita cintai dalam waktu singkat.
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati
kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam
kenangan.
Cinta. Bukan mudah melupakan orang yang kita cintai. Tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, bercakap memang mudah. Tapi tak mustahil kan?
Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami cinta terputus di
tengah jalan. Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah. Lebih perit bila
cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya
sayangi. Kehidupan amat perit saya rasakan. Ketika ingin melupakan, ada
sahaja
kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia. Terlihat tempat makan itu,
teringat si dia. Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang
kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA. Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri. Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik. Memang sudah menjadi lumrah, ibu
bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima
dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Oleh
itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa
saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya. Saya faham dia tidak mahu saya
tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya
amat saya sayangi. Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak
derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya. Mungkin saya
terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya
melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat
itu. Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan
dipertemukan semula di waktu yang sesuai. Saya yakin Allah akan
memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan. Hilangnya cinta manusia bukan
bermakna kita putus harapan untuk hidup. Pandanglah ia dari sudut
positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut
1. Mohon kekuatan daripada TUHAN
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada TUHAN dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah agar TUHAN menunjukkan
hikmah di sebalik perpisahan itu.
2. Perbanyakkan IBADAH
Dengan memperbanyak ibadah, kita akan jauh lebih yakin bahwa ibadah akan mengarahkan kita pada kepercayaan diri BAHWA TUHAN AKAN MENJADIKAN semua akan INDAH PADA WAKTUNYA.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahwa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing
sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita
dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. Percayalah pada
ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali
kan?
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah
cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block
Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung
dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam
satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa
dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian
kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia .
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama
si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau
terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan
anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali,bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan
padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya. Terimalah kenyataan dan
percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
“Allah has already written
the names of your spouses for you. What you need to work on is your
relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re
ready. It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun
hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan
Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan
kesusahan dan kesedihan. Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan
sabar, lalu Dia berikan ujian. Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah
diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya
membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat? Sudah yakin mampu mengubat hati? Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah